ANDA WAJIB MENCARI GURU MURSYID WALAU ANDA SEORANG ULAMA BESAR SEKALIPUN
Murid yang mencari Allah bakal bertemu Mursyidnya, maka tiada ada mursyid yang mencari muridnya.
MENCARI GURU MURSYID ?*
"ANDA WAJIB MENCARI GURU MURSYID WALAU ANDA SEORANG ULAMA BESAR SEKALIPUN..." - Kitab Siarus Salikin
Maka WAJIB Hukumnya bagi mencari "PEWARIS" AL-MUHAMMADI (GURU MURSYID) untuk mempelajari Adab-Adab serta Fadhilat dan mengenali Aib-Aib yang Tersembunyi dan Penyakit-Penyakit Hati.
Akan tetapi, mungkin juga ada yang bertanya :
"Bagaimanakah Jalannya untuk mencari dan mengenali GURU yang MURSYID ini ?"
"Apakah syarat-syaratnya dan sifat-sifatnya seorang GURU MURSYID itu ?"
Ketika seseorang Thalib (Murid) yang Berhajat kepada GURU MURSYID,
Ianya seperti perasaan seseorang pesakit yang berhajat kepada seorang doktor.
Maka Murid itu perlulah menguatkan segala Azamnya, Pendiriannya dan memperbetulkan Niatnya serta Bertawajjuh kepada Allah SWT dengan Hati yang Tadharru’.
Lalu menyeru kepada Allah SWT disetiap malamnya dan Berdoa didalam Sujudnya dan selepas Solatnya dengan Doa :
“Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan Menunjukkan daku Kepada-Mu, dan Sampaikanlah aku kepada orang yang Menyampaikan daku Kepada-Mu (Ya Allah)”.
Setelah itu, sebagai seorang Murid mestilah berusaha dengan sedaya upayanya bagi mencari GURU MURSYID di negerinya sendiri.
Dan janganlah sesekali dia terpedaya dengan dakwaan bagi sesetengah orang bahawa, GURU MURSYID MURABBI itu sudah tiada lagi di Akhir Zaman (Penghujung Zaman) ini.
Sekiranya tidak dapat ditemui GURU MURSYID didalam bandarnya, maka dia mestilah berusaha sedaya upayanya bagi mencarinya di kampung-kampung yang lainnya.
Haruslah di ingatkan bahawa, GURU MURSYID YANG HAQQ itu sememangnya Tersembunyi daripada kalangan Ahli Dunia.
Kerana seorang GURU MURSYID itu tidaklah semestinya memiliki gelaran apa-apapun sepertinya Ustaz ataupun sebagainya.
Mereka sering Tersembunyi dengan perwatakan sepertinya orang-orang biasa yang rendah dan hina kedudukannya pada pandangan Ahli Dunia.
Disebabkan itulah mereka di Gelarkan GURU ROHANI atau "GURU AKHERAT" ...
Posting Komentar untuk "ANDA WAJIB MENCARI GURU MURSYID WALAU ANDA SEORANG ULAMA BESAR SEKALIPUN"